Blog

ACHOO! SAKIT LAGI?

Ya, berkemungkinan besar anda dijangkiti selsema atau flu. Kebanyakan orang akan sakit rata-rata dalam 2 – 4 kali setiap tahun. Selsema dan flu menyerang sistem respiratori anda iaitu organ-organ yang terlibat dalam proses pernafasan. Ini termasuk paru-paru, hidung dan tekak. Ini bersamaan dengan tempoh hampir sebulan dalam setahun anda akan menderita akibat demam, sejuk-sejuk badan, hidung tersumbat, sakit otot, batuk dan ketidakselesaan sinus.

Selsema atau flu disebabkan oleh virus. Flu disebabkan oleh virus influenza manakala penyebab selsema berkemungkinan daripada beberapa varian virus, termasuk rhinovirus dan coronavirus. Gejala-gejala yang anda rasai adalah kombinasi virus dan sistem pertahanan badan anda yang cuba menyerang virus tersebut.

 

Mengapa Tiada Penawar Selsema?

Polio, demam cacar, hepatitis A dan B merupakan jangkitan-jangkitan serius disebabkan oleh virus yang dapat dicegah melalui program imunisasi yang efektif. Malah, virus flu yang boleh bermutasi setiap tahun juga mempunyai vaksin yang tersendiri. Tetapi, tiada ubat untuk menyembuhkan selsema biasa. Terdapat sekurang-kurangnya 160 varian rhinovirus. Ini merumitkan lagi penghasilan vaksin atau ubat bagi mengatasi varian-varian ini. Selsema biasa berkemungkinan akan menganggu kehidupan harian yang menyebabkan kebanyakan orang berasa tidak sihat untuk beberapa hari. Akan tetapi, selsema biasa boleh memburukkan lagi keadaan repiratori yang kronik seperti ‘chronic obstructive pulmonary disease (COPD) atau cystic fibrosis.

 


Bagaimana Pula Dengan Antibiotik?

Antibiotik tidak membantu dalam kebanyakan jangkitan sistem respiratori. Malah, antibiotik boleh memudaratkan kita. Antibiotik hanya menyerang jangkitan yang disebabkan oleh bakteria. Tetapi, kebanyakan jangkitan respiratori disebabkan oleh virus. Antibiotik tidak boleh digunakan untuk menyembuhkan jangkitan virus. Virus boleh menyebabkan:

  • Selsema dan flu
  • Hampir kesemua jangkitan pada sinus
  • Bronkitis (chest colds)
  • Sakit tekak diiringi batuk, hidung berair, suara serak atau ulser mulut

 

Risiko Penggunaan Antibiotik

Antibiotik boleh menganggu keseimbangan semulajadi bakteria yang baik dan yang memudaratkan. Ia boleh menyebabkan:

  • Loya, muntah dan cirit-birit yang teruk
  • Jangkitan vagina
  • Kerosakan saraf
  • Kekoyakan tendon
  • Tindak balas alergik yang mengancam nyawa

Tidak ada penawar untuk selsema dan flu. Walaubagaimanapun, banyak ubat tanpa preskripsi (over-the-counter/OTC) mampu mengurangkan gejala-gejala selsema dan flu. Antara ubat-ubat yang biasa digunakan untuk melegakan gejala-gejala selsema dan flu adalah paracetamol, untuk mengurangkan demam dan sakit-sakit badan, dan anti-histamin untuk mengeringkan hidung yang berair. Namun demikian, pengambilan paracetamol yang berlebihan boleh memudaratkan hati kita. Dos paracetamol tidak patut melebihi 4 gram sehari. Individu yang mempunyai kerosakan hati atau masalah hati tidak sepatutnya melebihi 2 gram acetaminophen sehari.

Antihistamin seperti diphenhydramine akan meyebabkan rasa mengantuk. Walaupun terdapatnya ubat antihistamin yang tidak menyebabkan rasa mengantuk, tetapi ia kurang berkesan untuk mengurangkan gejala-gejala selsema dan flu. Sesetengah orang mengambil ubat dekongestan seperti pseudoephedrine untuk melegakan hidung yang tersumbat. Tetapi, pengambilan ubat ini boleh menyebabkan insomnia, rasa gementar dan mudah marah. Bagi mereka yang megandung atau menghidap tekanan darah tinggi yang tidak terkawal mesti mengelak daripada produk-produk yang mengandungi pseudoephedrine. Ubat-ubat lain termasuk ubat semburan hidung yang mengandungi steroid (untuk melegakan hidung yang berair dan radang sinus), antitusif (untuk mengurangkan batuk) dan lozenge yang mengandungi anestetik (untuk melegakan sakit tekak) perlu digunakan dengan berhati-hati dan mempunyai kesan sampingan.

 

Apakah Cara Lain Untuk Mengubati Dan Mencegah Daripada Selsema Atau Flu?

Sekiranya anda tidak dapat mengelak daripada jangkitan selsema atau flu dan telah menggunakan tiga kotak tisu minggu ini, terdapat penawar semulajadi bagi meningkatkan sistem pertahanan badan anda untuk merawat jangkitan saluran pernafasan atas seperti selsema dan flu.

 

Hempedu Bumi / Andrographis paniculata

Hempedu Bumi, lebih dikenali sebagai 'Raja Pahit' merupakan sejenis tumbuhan herba yang digunakan dalam perubatan Ayurvedic dan perubatan tradisional Cina. Ia terkenal dengan pelbagai khasiat dalam bidang perubatan. Penyelidikan yang dijalakan secara khusus ke atas khasiat menakjubkan herba ini dalam menyokong sistem pertahanan badan kita, telah menyumbang ke arah penemuan jenama AP-Bio™.

Dalam kajian rambang "double-blind" yang dikawal dengan plasebo, AP-Bio™ didapati berkesan untuk mengurangkan gejala-gejala yang berkaitan dengan jangkitan saluran pernafasan atas. Seramai 223 pesakit daripada kedua-dua jantina telah dibahagikan secara rambang kepada dua kumpulan. Mereka sama ada menerima AP-Bio™ (200mg sehari) atau plasebo secara rambang, maksudnya mereka tidak mengetahui apa yang diberikan kepada mereka.

Dalam kedua-dua kumpulan tersebut, skor purata untuk kesemua gejala-gejala telah menunjukkan trend yang menurun dari hari pertama hingga ketiga. Pada hari ketiga sehingga hari kelima, kebanyakan gejala-gejala dalam kumpulan plasebo sama ada tidak menunjukkan trend yang menurun atau keadaan subjek bertambah tenat. Dalam pada itu, kumpulan AP-Bio™ menunjukkan trend menurun. AP-Bio™ mempunyai keberkesanan sebanyak 52.7% atau 2.1 kali berbanding dengan plasebo ke atas pelbagai gejala selsema dan flu. 

Ramuan-ramuan yang terkandung di dalam daun Hempedu Bumi mempunyai sifat immunostimulan dan anti-radang. Apakah maksudnya? Apabila anda jatuh sakit, sistem pertahanan pertama adalah daripada sejenis sel darah putih yang dipanggil makrofaj. Di dalam bahasa Greek, makrofaj yang membawa maksud “pemakan besar”. “Pemakan besar” ini akan “makan” kesemua virus-virus ini dan menolong merangsang pertahanan badan anda. Ramuan aktif di dalam daun herba ini boleh membantu meningkatkan pergerakan makrofaj ke tempat jangkitan.

Hempedu Bumi juga membantu limpa anda untuk merangsang penghasilan lymphocyte. Lymphocyte juga merupakan sejenis sel darah putih yang membantu ‘askar’ barisan hadapan untuk melawan jangkitan. “Merangsang penghasilan” bermaksud mengaktifkan tindak balas badan anda dengan lebih cepat. Untuk mengurangkan gejala-gejala radang seperti demam, sakit tekak, batuk dan sakit-sakit badan, AP-Bio™ menghalang rembesan mediator radang, justeru mengurangkan radang dan mengurangkan gejala-gejala selsema daripada bertambah teruk.

Rawatan dalam masa 48 jam disyorkan apabila gejala-gejala mula muncul dan akan beransur pulih dalam masa 2 hari rawatan untuk selsema dan flu.

 

 

AP-Bio™ ialah jenama yang merupakan cap dagangan Hempedu Bumi daripada Natural Remedies Pvt. Ltd. Cold Away daripada jenama Kordel’s dengan estrak Folium Andrographis paniculata (AP-Bio™) merupakan satu penawar semulajadi yang bertindak dengan cepat dan terbukti kebersanannya secara klinikal untuk mengurangkan gejala-gejala selsema.

Gejala-gejala selsema termasuk:-

  1. Batuk
  2. Kahak
  3. Hidung berair
  4. Sakit kepala
  5. Demam
  6. Sakit tekak
  7. Sakit telinga
  8. Gangguan tidur
  9. Lesu dan letih

 

Hempedu Bumi bukan sahaja mengurangkan gejala-gejala selsema, malah, ia boleh mencegah anda daripada dijangkiti. Jadi, apabila anda merasakan anda mula mendapat gejala-gejala selsema atau flu, ambillah Kordel's Cold Away, ekstrak Hempedu Bumi yang dihasilkan daripada jenama AP-Bio™ serta-merta! Bertindak dengan cepat agar anda kurang menderita akibat selsema.

 

 

Blog Comments

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *